‘Pelanggan tetap sahaja boleh masuk’ - Utusan Malaysia

‘Pelanggan tetap sahaja boleh masuk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 April – Hanya pelanggan tetap boleh masuk.

Itu syarat yang dikenakan oleh sindiket judi dalam talian di Taman Equine, Seri Kembangan, dekat sini bagi mengelakkan kegiatan haram di premis terbabit dikesan pihak berkuasa sebelum premis tersebut diserbu Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menerusi Op Dadu, semalam.

Ketua Operasinya, Asisten Superintenden Rozam Effandy Raslee berkata, operasi pada pukul 3 petang itu dijalankan hasil maklumat dan risikan awam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Premis ini telah beroperasi secara haram sejak dua bulan lalu dan hanya menawarkan aktiviti perjudian online kepada pelanggan tetap sahaja bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Dalam serbuan tersebut, kita menahan seorang lelaki yang merupakan penjaga premis berusia 43 tahun selain merampas empat unit tablet, sebuah modem dan wang tunai berjumlah RM150,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini