Berita mengenai siswa-siswi berlapar, mengikat perut, makan nasi kosong baru-baru ini menjadi tular di media sosial. Perkara sebegini memang memberi kesan emosi yang mendalam dalam kalangan pembaca. Sesiapa sahaja akan berasa sedih dan beremosi apabila mendengar, anak-anak muda yang bakal menjadi pemimpin negara ini tidak makan serta terpaksa berlapar demi menimba ilmu. Bagaimanapun, untuk pengetahuan pembaca, isu pelajar berlapar di kampus bukannya satu isu baharu. Ia merupakan satu pengalaman yang…










