KUALA LUMPUR – Seorang pelajar lelaki yang dilaporkan parah selepas didakwa terjatuh di dalam tandas di Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur di Ampang Hilir di sini pada Rabu lalu rupa-rupanya terlibat dalam pergaduhan di sekolah berkenaan. Pergaduhan itu dipercayai berlaku antara mangsa yang berusia 15 tahun dengan anak seorang kakitangan di pejabat Kedutaan Amerika Syarikat (AS) yang memegang pasport diplomatik. Difahamkan, selepas kejadian itu, pihak sekolah menghubungi keluarga mangsa dan memaklumkan…










