PETALING JAYA 10 Mac – Seorang pekerja swasta didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memiliki sepucuk pistol tiruan di hadapan sebuah kedai serbaneka Sabtu lalu. Adriandi Idrus, 43, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham. Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memiliki sepucuk pistol tiruan jenis Glock di hadapan kedai serbaneka 7-Eleven, Pinggiran USJ 1, Subang Jaya, di sini, pada…










