PUTRAJAYA 14 April – Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (Peka B40) akan dilaksanakan di seluruh negara bermula esok, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad. Beliau berkata Peka B40 memberi fokus kepada jalinan kerjasama awam dan swasta bagi membantu kumpulan B40 dengan mengutamakan perkhidmatan klinik perubatan swasta umum (GP) yang sudah berdaftar. “Penerima yang layak boleh menjalankan saringan kesihatan di klinik GP yang memaparkan pelekat khusus Peka B40. “Sehingga 12 April lalu, terdapat 423 klinik GP yang berdaftar sebagai ‘Klinik Peka B40’. Senarai penuh boleh diperoleh di laman…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya