IPOH 30 April – Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kuala Kangsar, Mohd. Helmi Ai’nordin, 39, meninggal dunia kira-kira pukul 2 pagi ini.
IPOH 30 April – Pegawai Khas kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Mohd. Helmi Ai’nordin, 39, meninggal dunia kira-kira pukul 2 pagi tadi.
Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan memaklumkan, jenazah Mohd. Helmi akan dibawa dari Hospital Sungai Buloh, Selangor untuk dikebumikan di Kuala Kangsar.
“Allahyarham Mohd. Helmi ialah Pegawai Khas kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang juga Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kuala Kangsar.
“Sama-sama kita sedekahkan Surah Al-Fatihah buat allahyarham dan mendoakan supaya Allah mengampunkannya, merahmatinya dan dikumpulkannya bersama mereka yang beriman serta beramal soleh,” kata kenyataan tersebut di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











