PDRM bekerjasama dengan Polis Indonesia siasat penemuan kertas undi bertanda - Utusan Malaysia

PDRM bekerjasama dengan Polis Indonesia siasat penemuan kertas undi bertanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Polis Republik Indonesia (Polri) berkenaan penemuan sejumlah dokumen yang didakwa mempunyai kaitan dengan proses Pilihan Raya Presiden (Pilpres) Indonesia itu di Kajang, Selangor pada Khamis lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, kes itu tidak membabitkan pelanggaran undang-undang negara ini

“Namun begitu, PDRM akan menjalankan siasatan bagi menentukan bentuk tindakan yang boleh diambil bagi membantu pihak berkuasa Indonesia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita akan mendapatkan bantuan Polri bagi siasatan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khamis lalu, media melaporkan penemuan  ratusan beg plastik hitam dan putih yang dipercayai mengandungi kertas undi pos Indonesia di sebuah premis kosong di Kajang yang tular menerusi media sosial. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini