KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) akan diadakan pada 13 hingga 16 November depan dengan satu hari akan diperuntukkan bagi Perhimpunan Agung UMNO Khas (EGM) untuk membolehkan Perlembagaan parti dipinda. Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, UMNO memerlukan satu hari tambahan bagi membolehkan Perlembagaan parti dipinda. “Kita telah pun bersetuju PAU diadakan pada tarikh 13 hingga 16 November kerana memerlukan satu hari tambahan…










