SABAK BERNAM – Tindakan seorang lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar membawa beg plastik di dalam hutan paya bakau membongkar penemuan dadah jenis heroin bernilai RM1,300 di Sungai Besar, Sabtu lalu. Suspek berusia 34 tahun itu diberkas pukul 8.40 malam menerusi Ops Sarang. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, pemeriksaan terhadap suspek menemui empat peket plastik lut sinar disyaki dadah jenis heroin seberat 43.64…










