PATI jadi pak guard ditahan Imigresen - Utusan Malaysia

PATI jadi pak guard ditahan Imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Tindakan segelintir pendatang asing tanpa izin (PATI) yang memanipulasi Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dengan bekerja sebagai pengawal keselamatan mengundang padah selepas diberkas pihak berkuasa semalam. 

Mereka adalah daripada 26 PATI yang ditahan dalam serbuan bermula pukul 11 malam hingga 1 pagi.

Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, hasil semakan mendapati PATI yang bekerja pengawal keselamatan itu di sekitar Sunway itu sepatutnya bekerja di sektor perbuatan atau perkilangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, terdapat sebahagian daripada mereka juga didapati menggunakan Pas Lawatan Sosial yang telah tamat tempoh.

“Serbuan kedua dilakukan di sekitar Kota Damansara berjaya menahan 17 PATI yang bekerja di pusat urut.

“Berdasarkan rekod, kesemua yang ditahan melibatkan 16 orang lelaki dan 10 perempuan berusia 20 hingga 45 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, PATI itu terdiri lapan warga India, Myanmar (6), empat masing-masing bagi Indonesia dan Vietnam, Bangladesh (3) dan Nepal (1).

Jelas Mohamad Shukri, mereka telah dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Selangor untuk siasatan lanjut sebelum dihantar ke Depot Imigresen Semenyih. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b), Peraturan-peraturan Imigresen 1963,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini