Pasaran Malaysia paling teruk di dunia - Utusan Malaysia

Pasaran Malaysia paling teruk di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA 16 April – Harapan untuk menarik balik pelabur global ke pasaran saham ke Malaysia yang semakin teruk dipudarkan lagi oleh kerajaan.

Penanda aras Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI turun 14 peratus daripada rekod pada Mei 2018 dan ia merupakan pasaran utama yang paling teruk di dunia setakat ini tahun ini, yang mengalami penurunan sebanyak 3.5 peratus.

Keadaan itu semakin memburuk di tengah-tengah persaingan dalam ekuiti global yang dipacu oleh tindakan Rizab Persekutuan (Federal Reserve) dan perjanjian dagang yang masih kabur antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Memuatkan artikel berkaitan…

Prospek suram saham Malaysia mungkin tidak berakhir, kata Samsung Asset Management Co.

“Malaysia mungkin akan mengecewakan pada tahun depan kerana sejak kerajaan baharu berkuasa pada Mei 2018, ia telah menurunkan lagi hutang awam dengan mengetatkan fiskal,” kata Pengurus Dana Serantau Samsung Asset di Hong Kong, Alan Richardson.

Beliau berkata, langkah oleh kerajaan Malaysia itu akan berterusan dari Mei 2018 hingga Mei 2020. – Bloomberg

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini