LONDON – Sepasang suami isteri menawarkan sebuah rumah agam bernilai £5 juta (RM27 juta) di utara London menerusi satu program cabutan bertuah membabitkan 600,000 tiket penyertaan yang dijual pada harga £13.50 (RM72.80) setiap satu, lapor akhbar Daily Mirror. Melanie dan Nigel Walsh sebelum ini pernah cuba menjual rumah yang dibina pada tahun 1760 itu pada harga £6.25 juta (RM33.7 juta) tetapi gagal menarik perhatian pembeli sebelum memilih kaedah menjual tiket…










