KUALA LUMPUR – Kertas putih Felda akan dibentangkan Rabu depan, kata Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohd. Radzi Md Jidin. Katanya, penangguhan pembentangan kertas putih itu adalah atas nasihat Jabatan Peguam Negara berikutan sebab-sebab perundangan. “Perkara ini telah di bawa ke jemaah menteri yang kemudiannya membuat keputusan supaya pembentangan ini ditangguhkan ke sesi ini,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2018 (2019) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan…










