KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu berhati-hati dalam memutuskan sama ada laporan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) wajar didedahkan kepada umum atau tidak, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau berkata, ini kerana terdapat beberapa hasil dapatan CEP yang memerlukan siasatan lanjut oleh pihak berkuasa berkaitan. “Ini adalah bagi mengelak polemik yang mungkin boleh menjejaskan hasil siasatan dan keyakinan pelabur. “Apa yang penting, semua cadangan penambahbaikan yang diterima dilaksanakan sebaik mungkin…










