KUALA LUMPUR – Peratusan hutang negara berkurang berikutan peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan penyelesaian beberapa hutang, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Mahathir berkata demikian pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) mengenai usaha dan tindakan kerajaan mengurangkan hutang kepada RM686 bilion daripada RM1 trilion. Perdana Menteri yang menjawap persoalan Ahmad mengenai…










