KUALA LUMPUR – Hibah Lembaga Tabung Haji (TH) akan diumum dalam tempoh terdekat selepas mesyuarat Jemaah Menteri memutuskannya, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau berkata, cadangan pelan penstrukturan dan pemulihan semula TH akan dibentang pada mesyuarat Jemaah Menteri esok. “Kabinet akan membincangkan secara terperinci isu berkaitan kedudukan kewangan dan perkara-perkara bersangkutan dengannya, termasuk kemampuan TH membayar hibah kepada pendeposit. “TH akan membuat pengumuman dalam tempoh terdekat selepas Jemaah…










