PASIR PUTEH 15 April – Seorang lelaki berusia 31 tahun sanggup bertarung nyawa memanjat pokok dan bersembunyi di atas bumbung tingkat dua rumahnya bagi mengelak ujian air kencing dijalankan dalam satu serbuan sepasukan penguatkuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Kampung Sri Aman, dekat sini, semalam. Ketua Pegawai AADK daerah, Azlina Mohd. Zain berkata, dalam kejadian pada pukul 11 malam penghuni rumah berkenaan pada mulanya enggan membuka pintu apabila diketuk…










