ISLAMABAD 20 April – Menteri Luar Pakistan, Shah Mehmood Qureshi mendakwa pasukan risikan mempunyai bukti yang mengaitkan sekumpulan pemberontak yang menembak mati 14 anggota keselamatan baru-baru ini berpangkalan di Iran.
“Kita telah menyerahkan bukti-bukti itu kepada Iran untuk pengesahan lanjut,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, kumpulan pemberontak itu menjalani latihan dan tinggal di Iran berhampiran sempadan Pakistan. -AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











