KUANTAN – Kerajaan Pahang sedang mengkaji untuk mengeksport tempoyak yang dihasilkan di negeri ini, dalam usaha mempromosi dan mengkomersialkan makanan tradisi itu. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkara itu telahpun dikemukakan semasa mesyuarat Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dua bulan lalu, dan kini dalam peringkat penelitian lebih rapi. “Semasa mesyuarat itu, pihak ECER memaklumkan budu yang dieksport mendapat permintaan tinggi dan saya juga meminta mereka turut…










