KUALA LUMPUR 22 April – Pacific Mutual Fund Bhd, syarikat pengurusan pelaburan di bawah OCBC Group melancarkan tawaran dana unit amanah terbarunya yang bertemakan inovasi disruptif. Pacific Mutual bekerjasama dengan pengurus dana sasaran, Lion Global Investors Limited (LGI), yang memiliki 70 peratus kepentingan dalam syarikat itu dalam melancarkan dana sokongan runcit – Pacific Global Disruptive Innovation Fund. Dana itu kini ditawarkan untuk langganan kepada semua pelabur runcit pada RM1 seunit…










