Operasi mencari Zahir ditangguhkan sementara - Utusan Malaysia

Operasi mencari Zahir ditangguhkan sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak tahun dua yang hilang selepas keluar bermain di kawasan kediamannya di Bandar Seri Putra sejak kelmarin ditangguhkan kira-kira pukul 7.30 malam tadi. 

Operasi pencarian Muhammad Zahiruddin Putra Mohd. Fauzi, 8, atau lebih mesra dengan panggilan Zahir turut melibatkan kawasan Sungai Semenyih di sini selepas mengambil kira faktor hujan lebat sewaktu hari kehilangan kanak-kanak tersebut. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bangi (BBP), Rosman Majid berkata, operasi pencarian disertai kira-kira 20 pegawai dan anggota dari BBP Bangi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta pihak polis dan bermula pukul 5.40 petang tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pencarian bermula di lokasi kira-kira satu kilometer dari rumah mangsa serta di sekitar Sungai Semenyih sejauh tujuh kilometer hingga ke kawasan perangkap sampah.

“Anggota bomba turut berdepan kesukaran bagi menurunkan bot bomba memandangkan saiznya yang terlalu besar dan dasar sungai yang cetek,”katanya ketika ditemui di lokasi pencarian di sini. 

Menurut Rosman anggota pasukan penyelamat kemudiannya mendapatkan bantuan daripada pihak APM dengan menggunakan sebuah bot mereka dalam operasi ini. 

“Operasi pencarian bagaimanapun akan disambung semula kira-kira pukul 9 pagi esok dan kami akan mengunakan khidmat K9 bomba bersama Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) untuk mengesan jejak mangsa di lokasi berkenaan. Pada masa sama, kawasan pencarian akan turut diperluaskan,” katanya. 

Kosmo! Online semalam melaporkan tentang kehilangan Zahir yang disedari oleh ibunya, Sainih Sunding, 46, kira-kira pukul 7 malam selepas gagal menemui anak bongsunya itu apabila pulang dari tempat kerja. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini