GOPENG – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini menjelaskan pihaknya telah melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kesemua laluan trek Gopeng Ultra Trail 2019 termasuk kategori 50 kilometer (km) dan 100 km dalam usaha mencari seorang pesertanya, Mohammad Ashraf Hassan, 29, yang hilang sejak 23 Mac lalu. Ketua Zon 1 JBPM Perak, Mohd. Khairul Jamil berkata, pihaknya turut melakukan pencarian di luar kawasan kesemua trek berkenaan merangkumi…










