PARIS 26 April – Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar berhasrat untuk bergandingan bersama Eden Hazard sambul menyatakan mereka mampu menimbulkan kekacauan kepada pasukan lawan.
Bintang Belgium itu dikaitkan dengan perpindahan dari Stamford Bridge dengan Real Madrid dilihat sebagai kelab terbaik buat bekas pemain Lille itu.
Bagaimanapun, PSG dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Hazard dan Neymar percaya gaya permainannya bersesuaian dengan bintang Chelsea itu.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Saya bermiant untuk bermain dengan Hazard. Cara permainan kami hampir sama.
“Saya rasa, kami patut cuba bermain bersama dan mungkin kami boleh wujudkan kekacauan bersama,” katanya.-AGENSI











