Nelayan maut dipanah petir  - Utusan Malaysia

Nelayan maut dipanah petir 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Seorang nelayan maut dipercayai akibat dipanah petir di Jeti Jimah Power Plant, Bukit Pelandok di sini kira-kira pukul 12.15 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa yang maut ialah R. Kannan, 39.

“Mangsa yang beralamat di Kampung India, Bukit Pelandok dipanah petir semasa dia berada di atas sebuah bot di jeti berkenaan,” katanya ketika di hubungi pemberita di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Aidi Sham berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam kira-kira pukul 1 tengah hari.

Menurut beliau, mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Kampung Sawah sebelum disahkan telah meninggal dunia.

Kata beliau, siasatan di tempat kejadian serta tubuh badan mangsa mendapati tiada unsur jenayah dan terdapat kesan melecur pada bahagian dada mangsa.

“Mayat mangsa di hantar ke Hospital Port Dickson untuk menjalani bedah siasat,” katanya.

Jelas beliau, siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini