KUALA LUMPUR 13 April – Rangka Kerja Keusahawanan Nasional (NEF) yang sedang diusahakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan memberi penekanan untuk mewujudkan sumber pembiayaan alternatif kepada para usahawan. Menterinya, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, antara bentuk pembiayaan atau pinjaman yang dibincangkan dalam rangka kerja tersebut ialah pendanaan ramai (crowdfunding), dana wakaf, pelabur perniagaan (business angels) dan modal teroka (venture capitals). “Di peringkat kementerian, kami sedang memperhalusi dan memperincikan sebuah rangka…










