Naluri keluarga merasakan Acap masih selamat - Utusan Malaysia

Naluri keluarga merasakan Acap masih selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOPENG – “Naluri keluarga masih merasakan Ashraf selamat setakat ini”, demikian luahan harapan Siti Norizan Hassan, 36, kakak sulung kepada peserta Gopeng Ultra Trail (GUT)  2019 Mohammad Ashraf, 29, atau lebih dikenali sebagai Acap, yang hilang sejak bulan lepas.

Beliau berkata, berdasarkan kepada ilmu dalam bidang perubatan dan pendakian yang dimiliki anak kelima daripada tujuh beradik itu semasa bersekolah, kemungkinan Ashraf masih boleh bertahan.

“Kami harap sangat dapat jumpa Ashraf dalam keadaan selamat. Kami harapkan doa rakyat Malaysia agar keluarga diberi ketabahan dalam menghadapi dugaan ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tapak perkhemahan Gua Tempurung di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Siti Norizan berkata, sejak kehilangan Ashraf pada 23 Mac lalu hingga hari ke-15 hari ini, beliau dan keluarga tidak putus-putus menyertai operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan oleh badan beruniform manakala ibunya Siti Maznah Khamis, 62, juga melakukan solat hajat.

“Mak buat solat hajat atas permintaan beberapa pihak. Setakat ini emosi mak stabil, cumanya mak saya tidak boleh jumpa orang dalam masa terdekat, dia perlukan ruang untuk bagi emosi jadi stabil manakala adik beradik alhamdulillah emosi juga masih stabil, masih lagi boleh berfikir dengan waras,” katanya. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini