TANGKAK 3 April – Seorang maut selepas kereta Perodua MyVi dipandu terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 145.9 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini pukul 6.10 petang tadi.
Pemandu berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah manakala pemandu treler tersebut tersepit di tempat duduknya dan difahamkan kerja-kerja menyelamat serta mengeluarkan mangsa masih dilakukan pihak bomba.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Khairul Sufian berkata, tujuh anggota dengan sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.
“Pihak bomba menerima panggilan 7.08 petang tadi dan sehingga kini operasi menyelamat pemandu treler masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi.
Kemalangan tersebut mengakibatkan Perodua Myvi dan treler tersebut terbalik ke bahu jalan berhampiran kawasan kebun kelapa sawit. – UTUSAN ONLINE
Habis.











