SUNGAI PETANI 23 April – Pengenalan aplikasi myASNB (Amanah Saham Nasional Berhad) disambut baik para pemegang unit yang disifatkan mereka memudahkan urusan seharian. Seorang pengunjung Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2019, Mohd. Solehin Mohd. Noor, 27, berkata, aplikasi itu telah menjimatkan masa dan kos berbanding kaedah konvensional sebelum ini. “Sebelum ini, kalau mahu menyemak akaun atau menambah pelaburan, saya perlu memperuntukan waktu yang sesuai untuk berkunjung ke pejabat-pejabat cawangan ASNB. “Namun,…










