Multaqa Ulama tinggikan syiar Islam, angkat martabat ulama - Utusan Malaysia

Multaqa Ulama tinggikan syiar Islam, angkat martabat ulama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 25 April – Majlis Multaqa Ulama Kali Ke-7 bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar merupakan komitmen berterusan pihak kerajaan negeri bagi meninggikan syiar Islam dan seterusnya mengangkat martabat para ulama di negeri ini.

Program tersebut yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini hari ini bertemakan Peranan Institusi Masjid Dalam Memperkasakan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Majlis tersebut disempurnakan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mewakili Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yang turut hadir, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar selain Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani.

Dr. Sahruddin dalam ucapannya berkata, tema multawa tersebut menggambarkan ketegasan dan kekuatan pegangan umat Islam negeri ini dalam mempertahankan pegangan dan pengamalan akidah ASWJ.

“Semoga Multaqa ini memberikan hasil yang positif dan berimpak tinggi kepada masyarakat Islam di negeri Johor,” katanya.

Dua kertas kerja dibentangkan dalam multaqa berkenaan iaitu Peranan Institusi Masjid Dalam Memperkasakan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah oleh bekas Mufti Johor, Datuk M.Tahrir Samsudin.

Satu lagi kertas kerja Tanggungjawab Masyarakat Dalam Mengimarahkan Masjid oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi, Pembangunan & Alumni), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Madya Dr. Arieff Salleh Rosman. – UTUSAN ONLINE

Habis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini