PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau menuju kemuncaknya dengan hari pengundian bakal berlangsung esok. Berdasarkan pemerhatian saat akhir, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan masih menjadi pilihan, mengatasi tiga calon lain termasuk Dr. S. Streram, seorang pakar bius yang mewakili Pakatan Harapan (PH). Serangan peribadi dilancarkan hari-hari terhadap Mohamad, tetapi Timbalan Presiden UMNO itu tetap kelihatan tenang, sedikitpun tidak goyah. Dibawa pula seorang pakar strategi,…









