KUALA LUMPUR 12 April – Malaysian Relief Agency (MRA) dan MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB) memeterai kerjasama sebagai rakan kongsi dalam satu majlis di Kelana Jaya, dekat sini hari ini. Presiden MRA, Dr. Mohd. Daud Sulaiman berkata, kerjasama itu bertujuan untuk menyimpan selamat dana infaq, derma dan sumbangan yang dihulurkan kepada MRA secara berkesan. “MRA secara rasminya melantik MAAB, anak syarikat Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) sebagai rakan korporat dalam pengamanahan.…









