Mozambique berdepan Siklon Kenneth, sebulan selepas Siklon Idai - Utusan Malaysia

Mozambique berdepan Siklon Kenneth, sebulan selepas Siklon Idai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAPUTO 25 April – Mozambique berdepan dengan satu lagi siklon kuat hari ini, selepas hanya sebulan ditimpa siklon Idai yang mengakibatkan lebih 1,000 kematian di sini dan negara jiran.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa ribut terbaharu tersebut boleh menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh di utara Mozambique dengan kerajaan menutup banyak sekolah yang berada pada laluan ribut berkenaan.

Menurut syarikat penerbangan negara, LAM dalam kenyataannya, pihaknya menangguh sementara penerbangan antara ibu negara Maputo dan Pemba di timur laut pesisir disebabkan Siklon Kenneth itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Palang Merah juga memberi amaran bahawa ‘kebimbangan mereka tentang kemungkinan impak di Mozambique yang mana komuniti-komuniti sedang dalam pemulihan daripada Siklon Idai’. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini