Mohd. Redzuan kongsi pengalaman tentang cendekiawan - Utusan Malaysia

Mohd. Redzuan kongsi pengalaman tentang cendekiawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SARAJEVO 17 April – Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof akan menjadi panel dalam sesi perbincangan sempena Forum Perniagaan Sarajevo (SBF) 2019 di Bangunan Parlimen Bosnia dan Herzegovina, di sini hari ini.

Sesi itu yang bertajuk ‘Cabaran Untuk Wilayah Eropah Tenggara: Mengubah Perhijrahan Cendekiawan kepada Pemerolehan Cendekiawan’ turut melibatkan Menteri Hal Ehwal Luar Bosnia dan Herzegovina, Igor Crdanak bersama timbalannya, Almir Sahovic; Pengerusi Dewan Perniagaan Istanbul, Sekib Avdagic dan Pengarah Eksekutif Kementerian Pemprograman Bosnia dan Herzegovina, Resad Zacina.

Semua ahli panel akan membincangkan isu perhijrahan cendekiawan (brain drain) melibatkan negara-negara Eropah Tenggara dan Mohd. Redzuan akan diberi ruang berkongsi pengalaman Malaysia menangani masalah tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

SBF adalah persidangan perniagaan dan pelaburan tahunan yang dianjurkan oleh Bosnia Bank International (BBI) dan tahun ini adalah penganjurannya untuk kali ke-10.

SBF menghubungkan institusi awam dan pelabur swasta dari seluruh dunia dengan komuniti perniagaan dan pemilik projek dari Bosnia dan Herzegovina, Albania, Croatia, Macedonia, Montenegro, Serbia dan Slovenia.

Ia menyediakan platform penting untuk rangkaian perniagaan dengan tumpuan khusus terhadap peluang perdagangan dan pelaburan di rantau Eropah Tenggara.

Untuk rekod, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan Penaung dan Pengasas SBF. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini