Miss Chipao 2019 ingin terbang - Utusan Malaysia

Miss Chipao 2019 ingin terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAKAIAN tradisional masyarakat Cina iaitu chipao atau lebih dikenali sebagai cheongsam sememangnya ayu diperagakan oleh gadis-gadis muda terutama ketika musim perayaan.

Namun, pakaian tradisional ini dilihat semakin dilupakan ekoran peredaran zaman yang mula menerima pelbagai budaya baru termasuk fesyen.

Tidak mahu budaya pakaian tradisional itu terus ditelan zaman, figura cantik pilihan Gadis S2 kali ini, Racheal Tee Hsu Xin, 19, tampil menggayakan pakaian tradisional ini ketika pertandingan ratu cantik, baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, pertandingan ratu cantik berkonsepkan pakaian tradisional, Miss Chipao Malaysia 2019 adalah pertandingan pertama disertainya bagi mencuba nasib untuk terlibat aktif dalam bidang peragaan.

RACHEAL TEE HSU XIN

“Saya sememangnya tidak menyangka berjaya meraih juara dalam pertandingan ratu cantik tersebut dan ini merupakan peluang luas bagi saya untuk bergiat aktif dalam bidang peragaan serta fesyen.

“Penyertaan saya dalam pertandingan ratu cantik ini juga diharapkan dapat memberikan pengalaman berharga kepada saya untuk melangkah jauh pada masa hadapan,” katanya.

Tambah Racheal yang kini melanjutkan pengajian dalam bidang Komunikasi Massa di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, dia turut bercita-cita menjadi pramugari setelah menamatkan pengajian.

“Saya mahu terbang tinggi di awan kerana saya suka berinteraksi dan kerjaya sebagai seorang pramugari sangat sesuai dengan personaliti diri saya.

“Sekiranya mempunyai peluang, saya juga mahu menjadi model terkenal satu hari nanti,” katanya.

Gadis tinggi lampai ini lega kerana minatnya menyertai aktiviti peragaan mendapat sokongan ibunya.

“Ibu sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada saya untuk berjaya dalam peragaan fesyen mahupun pramugari,” katanya.

Dalam pada itu Racheal memberitahu, dia turut menyimpan minat dalam bidang nyanyian dan gemar menyanyi pada masa lapang.

“Kadang-kala menyanyi dapat menghilangkan tekanan dan cukup sekadar hobi sahaja kerana saya tidak berminat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang ini,” selorohnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini