Menu berbuka tradisional Johor di Sand & Sandals - Utusan Malaysia

Menu berbuka tradisional Johor di Sand & Sandals

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Peminat menu makanan negeri Johor khususnya laksa Johor, otak-otak, kacang pool, telur pindang dan nasi beriani gam boleh berkunjung ke Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa (Sand & Sandals) untuk berbuka puasa dalam suasana santai.

Pengurus Besarnya, Lily Lim berkata, kafe The Shore yang boleh memuatkan sehingga 250 orang dalam satu-satu masa itu bakal menawarkan lebih daripada 150 hidangan menyelerakan bagi memenuhi cita rasa dan selera pengunjung hotel tersebut untuk berbuka puasa.

Menurut beliau, masakan yang disediakan oleh Cef Mohamed Nor Affendy Razali bersama kumpulannya menyediakan makanan signatur hotel tersebut berupa kambing golek, ikan merah bakar, bubur lambuk daging, ketupat, lemang, serunding, ayam kampung masak lemak belimbing dan sambal tumis hijau ikan kering

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tema pada tahun ini ialah Bazaar Vaganza yang mana ia menampilkan pelbagai jenis hidangan berkonsepkan ramuan masakan kampung, menu tradisional negeri Johor seperti otak-otak, mi bandung Muar, mi rebus, lontong, nasi ambeng dan juga pulut serunding serta pilihan masakan dari Jepun, Cina di sam­ping makanan barat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis previu bufet Ramadan di hotel berkenaan di Desaru, Johor baru-baru ini.

Lily menjelaskan, berdasarkan konsep Bazaar Vaganza itu, pihak hotel bakal menghidangkan menu makanan melalui gerai-gerai mini seperti gorengan, kambing golek, kambing golek, panggang, aneka mi, pasta dan juga pemanis mulut.

Tambah beliau, pakej berbuka puasa di hotel tersebut ialah RM88 seorang dewasa manakala RM44 seorang untuk kanak-kanak dan juga warga emas.

“Kami galakkan pengunjung membuat tempahan awal mulai sekarang hingga 4 Mei ini yang mana harga diskaun ditawarkan pada harga hanya RM75 seorang dewasa manakala tempahan untuk berkumpulan seramai 30 orang akan diberikan potongan harga sehingga 20 peratus,” jelasnya.

Lily menerangkan, tawaran bufet berbuka puasa di Sand & Sandals Desaru Beach Resort & Spa bakal bermula pada 11 Mei hingga 31 Mei ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini