KUALA LUMPUR 3 April – Pemimpin Pakatan Harapan (PH) perlu mengubah mentaliti pembangkang dan mengelakkan diri daripada mengkritik secara terbuka ahli kabinet, khususnya yang berlainan parti, bagi memastikan integriti dan kredibiliti kerajaan terjaga. Penganalisis politik, Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, ahli-ahli Parlimen PH juga tidak perlu terikut-ikut gelagat pemimpin parti pembangkang yang mahu mengejar populariti. “Akhir-akhir ini dapat dilihat banyak insiden membabitkan menteri dikritik oleh ahli-ahli Parlimennya sendiri, termasuk yang terbaharu Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Md. Yusof. Tidak manis apabila ahli-ahli Parlimen PH seperti Wong Tack dan Fuziah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya