ELUSAN bayu dingin menghiris, semburan mentari pagi dan lukisan rona jingga keemasan bersulam cahaya magenta kebiru-biruan menghiasi langit dari gapura Kinabalu tidak pernah dilupakan oleh mana-mana pendaki ketika berada di puncak gunung tersebut yang mempunyai ketinggian 4,092 meter. Gunung Kinabalu, biarpun seketika di atas sana namun bekalan keindahan yang dibawa pulang akan sentiasa ranum di ranting jiwa. Sungguh, demikianlah larik kata yang terungkap atau hanya penulis sahaja yang meratap rindu…









