KUALA LUMPUR 26 April – Harapan Melaka United untuk meneruskan rentak kemenangan terbantut selepas diikat 1-1 oleh Felda United dalam aksi Liga Super, malam ini. Melaka melangkah ke Stadium Tun Abdul Razak, Jengka bersama keyakinan tinggi selepas menumpaskan Kedah 1-0 minggu lalu. Selepas mengatur serangan bertali arus, anak-anak buah Zainal Abidin Hassan akhirnya meraih gol pembukaan menerusi Patrick Reichelt pada minit ke-14. Darko Markovic hampir meletakkan pelawat selesa di depan pada minit ke-27, namun rembatannya singgah di palang gol tuan rumah. Bersambung babak kedua, Felda United menggandakan asakan namun nasib…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya