MDHS sasar lebih 2,000 peserta pada program Wings of KKB 2019 - Utusan Malaysia

MDHS sasar lebih 2,000 peserta pada program Wings of KKB 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 April – Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) mensasarkan lebih 2,000 penyertaan dalam Program Wings of Kuala Kubu Baru (KKB) 2019: Selangor International Bird Fair yang akan diadakan pada 19 hingga 21 April ini.

–

MDHS dalam satu kenyataan memberitahu, penganjuran kali ini masih mengekalkan laluan tahun 2018 iaitu dari KKB ke Bukit Fraser melalui Taman Warisan Negeri Selangor.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Program ini bertujuan mendidik generasi baharu agar menyayangi alam sekitar dan mengenali jenis-jenis burung yang terdapat di Malaysia.

“Selain itu, MDHS berharap dapat mempromosikan KKB sebagai Warisan Bandar Taman,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini