MBSB Bank, ST RosyamMart bantu rumah kebajikan - Utusan Malaysia

MBSB Bank, ST RosyamMart bantu rumah kebajikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 April – Penghuni dua rumah kebajikan tidak menyangka ketibaan bulan Ramadan nanti diraikan dengan penuh kesyukuran apabila menerima bantuan daripada MBSB Bank Berhad.

Dua buah rumah kebajikan yang dimaksudkan itu adalah Rumah Anak Kesayangan, Selangor melibatkan 120 penghuni dan Pusat Jagaan Kasih seramai 60 penghuni.

Ketua Pegawai Korporat MBSB Bank, Azlina Mohd. Rashad berkata, program itu merupakan satu inisiatif pihaknya membantu golongan kurang bernasib baik dalam menyambut bulan Ramadan nanti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami menyalurkan bantuan barangan keperluan dapur dan peralatan elektrik dari ST RosyamMart Sdn. Bhd., bernilai RM30,000 untuk setiap rumah kebajikan daripada nilai peruntukkan MBSB Bank sebanyak RM500,000.

“Kami berharap bantuan disalurkan itu dapat meningkatkan taraf keselesaan penghuni serta penjaga rumah kebajikan tersebut dan menyeru badan korporat turut sama membantu golongan terbabit bagi menyambut bulan Ramadan yang akan datang ini,” katanya ketika ditemui di ST RosyamMart di sini hari ini.

ROSYAM NOR
 

Yang turut hadir Pengarah ST RosyamMart, Datuk Rosyam Nor.

Menurut Azlina, pihaknya akan turut menganjurkan program Majlis Iftar Bersama MBSB Bank dengan menyantuni para penghuni 15 rumah kebajikan di Hotel Aloft di sini pada 11 Mei ini.

“Program tersebut adalah untuk memberi sumbangan duit raya, pakaian persiapan Hari Raya Aidilfitri dan majlis berbuka puasa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini