MBSA A juara tarik tali Piala Datuk Bandar Shah Alam - Utusan Malaysia

MBSA A juara tarik tali Piala Datuk Bandar Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 17 April – Pasukan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) A muncul juara Kejohanan Tarik Tali Terbuka (Awam) Shah Alam bagi merebut Piala Datuk Bandar Shah Alam di Dataran Kemerdekaan di sini, hujung minggu lalu.

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, pasukan tersebut menewaskan MBSA B dalam final.

“Pasukan MBSA A membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000 berserta medal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pasukan MBSA B pula wang tunai RM2,000 berserta medal. Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang memberangsangkan sekali gus dapat meningkatkan imej MBSA di mata masyarakat,” katanya di sini, baru-baru ini.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd. Rashidi Ruslan. – UTUSAN ONLINE 


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini