MBMB anjur pertandingan mural 4 Mei ini - Utusan Malaysia

MBMB anjur pertandingan mural 4 Mei ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 April – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menganjurkan pertandingan mural sempena sambutan ulang tahun ke-16 pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

MBMB dalam kenyataan di laman web rasminya memberitahu, pertandingan yang akan diadakan pada 4 Mei ini di Taman Bandaraya Bukit Serindit, Melaka bakal menawarkan hadiah lumayan wang tunai.

“Peserta haruslah mematuhi tema yang telah ditetapkan iaitu sukan dan riadah. Juara bagi pertandingan ini berpeluang menerima wang tunai sebanyak RM10,000 manakala tempat kedua RM7,000 serta RM5,000 bagi tempat ketiga.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, 17 penerima hadiah saguhati akan membawa pulang RM500 setiap orang. Mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan itu boleh memuat turun borang penyertaan di http://msdesk.mbmb.gov.my/event/daftar.cfm,” menurut laman web tersebut.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini