Mbappe akui sukar menyamai rekod Pele - Utusan Malaysia

Mbappe akui sukar menyamai rekod Pele

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 3 April – Pemain Perancis, Kylian Mbappe yang sering dibandingkan dengan Pele akui belum tentu dia dapat menyamai jumlah jaringan legenda Brazil berkenaan sepanjang kariernya.

Pemain berusia 20 tahun itu, muncul pemain muda kedua menjaringkan gol dalam pentas akhir Piala Dunia ketika Perancis menewaskan Croatia dengan keputusan 4-2 pada tahun lepas dan ketika ini Mbappe telah menjaringkan 103 gol dalam kariernya.

Sementara Pele mendakwa telah menjaringkan 1,025 gol sepanjang karier sebagai pemain bola profesional.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seandainya gol dalam aksi di taman permainan, Play Station diambil kira sekali pun belum tentu saya dapat meledak 1,000 gol.

“Jumlah tersebut terlalu besar namun saya akan berusaha menghampirinya dan pastinya ia mengambil masa yang amat panjang,” kata Mbappe. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini