MB Johor: Osman sedia bantu Dr. Sahruddin - Utusan Malaysia

MB Johor: Osman sedia bantu Dr. Sahruddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 14 April – Bekas Menteri Besar, Datuk Osman Sapian bersedia untuk menggunakan pengalaman lebih 42 tahun dalam politik bagi membantu Dr. Sahruddin Jamal terutama dalam melaksanakan tugas mentadbir negeri ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas berkata, beliau juga bersedia memberi sebarang nasihat kepada ADUN Bukit Kepong itu sekiranya diperlukan pada bila-bila masa.

“Kalau beliau mohon bantuan, saya akan bantu. Saya masih seorang ADUN,…ADUN senior, bekas Menteri Besar dan ada pengalaman, saya terbuka memberi nasihat sekiranya beliau mahukannya,” katanya ketika ditemui di Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, Osman turut menzahirkan keyakinan beliau kepada kewibawaan Dr. Sahruddin untuk menggalas tugas sebagai Menteri Besar.

Menurut Pengerusi Bersatu negeri dan Ketua Bahagian Bersatu Air Hitam itu, apa yang penting adalah kerajaan negeri di bawah pimpinan PH akan terus kekal selepas Pilihan Raya Umum Ke-15.

“Kalau kita tak nampak (kewibawaan), takkan dia dilantik calon bertanding pilihan raya umum lepas. Saya generasi yang akan meninggalkan bukan sahaja jawatan, tetapi meninggal dunia, jadi mestilah cari pelapis,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini