MB Johor jumpa PM dan Azmin - Utusan Malaysia

MB Johor jumpa PM dan Azmin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 18 April – Menteri Besar, Dr. Sahruddin Jamal hari ini menghadiri Mesyuarat Majlis Perancangan Fizikal di Putrajaya, mesyuarat pertama peringkat kerajaan persekutuan yang dihadirinya selepas mengangkat sumpah jawatan itu pada Ahad.

Beliau turut mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut Dr. Sahruddin, pada pertemuan itu, beliau turut mendapatkan nasihat daripada kedua-dua pemimpin itu mengenai banyak perkara demi kepentingan rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…
Menteri Besar, Dr. Sahruddin Jamal  bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. – UTUSAN ONLINE/IHSAN FACEBOOK MB JOHOR 

“Saya akan terus memastikan kebajikan Bangsa Johor terus diperjuangkan di segenap sektor melalui pelan pembangunan mapan dan hala tuju yang semestinya akan membawa manfaat kepada rakyat.

“Konklusinya, rakyat harus diutamakan,” katanya menerusi entri terbaharu di Facebook Dr. Sahruddin Jamal hari ini.

Sehubungan itu, Dr. Sahruddin memohon doa kepada semua supaya beliau mampu membawa perubahan-perubahan baik di negeri ini dan berikrar akan terus bekerja serta berkhidmat untuk rakyat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini