ISKANDAR PUTERI 15 April – Menteri Besar Johor yang baharu, Dr. Sahruddin Jamal memulakan tugasnya secara rasmi di Pejabat Menteri Besar, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad di Kota Iskandar di sini hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong itu tiba pada 9 pagi dan disambut Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Azmi Rohani, beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri, dan petugas Pejabat Menteri Besar. Sebelum memasuki pejabat, bacaan doa dibacakan…










