Maybank Indonesia catat pendapatan operasi RM281 juta - Utusan Malaysia

Maybank Indonesia catat pendapatan operasi RM281 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 April – PT Bank Maybank Indonesia Tbk (Maybank Indonesia) merekodkan pendapatan operasi sebanyak 966.5 bilion rupiah (RM281 juta) bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2019, naik 6.2 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Maybank Indonesia berkata, pertumbuhan keuntungan operasi disokong terutama oleh peningkatan pendapatan faedah bersih di mana pertumbuhan pinjaman mencapai 10.9 peratus untuk tiga bulan pertama 2019.

Menurut bank itu, Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan Minoriti (PATAMI), bagaimanapun, berada pada 414.9 bilion rupiah (RM120.8 juta) untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2019 berbanding dengan 463.1 bilion rupiah (RM135 juta) suku sama 2018 disebabkan oleh peningkatan dalam peruntukan kerugian pinjaman di mana bank mengambil pendirian konservatif dalam mengetepikan peruntukan untuk pinjaman perniagaan dipengaruhi oleh ekonomi yang mencabar secara berterusan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bank menyaksikan pendapatan faedah bersih berkembang 7.7 peratus kepada 2.0 trilion rupiah (RM582.6 juta) pada Mac 2019 berbanding 1.9 trilion rupiah (RM553.5 juta) pada bulan Mac 2018.

“Pelaksanaan harga berdisiplin yang berterusan serta kecekapan operasi yang lebih baik membolehkan bank untuk membendung tekanan pada margin faedah sekaligus mengakibatkan margin faedah bersih untuk suku ini kekal pada 4.8 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini