Mayat remaja ditemukan berhampiran tebing sungai - Utusan Malaysia

Mayat remaja ditemukan berhampiran tebing sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG 26 April – Mayat seorang remaja yang hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di Sungai Triang di sini kelmarin ditemukan hari ini.

Ketua Balai Bomba Karak, Suhairul Ibrahim berkata, mayat Sofian Sahar, 14, ditemukan kira-kira pukul 7 pagi iaitu 500 meter dari kawasan mangsa hilang.

“Hari ini air surut dan kita menemukan mayat mangsa yang berada hampir dengan tebing dalam keadaan sempurna.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Bentong,” katanya di sini hari ini.

Kelmarin, mangsa dilaporkan dikhuatiri lemas selepas hilang dibawa arus deras ketika mandi di Sungai Triang berhampiran Kompleks Agropolitan Chemomoi.

Kejadian kira-kira pukul 6.37 petang itu berlaku ketika mangsa yang sedang mandi di sungai berkenaan bersama tujuh rakannya cuba menyeberangi sungai tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini