TEMERLOH – Mayat seorang lelaki yang hilang sejak empat hari lalu dipercayai lemas di Sungai Semantan dekat Kampung Gantuk, Mentakab ditemui pagi tadi. Mangsa, Mohd Badli Izam Said Mohamad, 31 ditemui terapung kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Nor Hisham Mohammad berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira pukul 9.30 pagi oleh penduduk kampung. “Operasi mencari dan menyelamat(SAR) diteruskan pagi ini di sepanjanh sungai…










