KLUANG 26 April – Mangsa lemas kedua pelajar tahfiz Assidiq Ghufran yang dibawa arus ketika mandi di Sungai Kampung Haji Shari, Simpang Renggam, dekat sini semalam sudah ditemukan pihak bomba pada pagi ini. Mayat Muhammad Amar Mazeni, 13, ditemukan pada jarak 2 kilometer dari tempat lemas di Sungai Berumbong berdekatan sekolah agama pukul 5.20 pagi. Difahamkan jenazah akan dibawa ke rumah ibu bapa mangsa untuk dikebumikan di Kampung Isnin Maarof…










